JKM Kuantan kesan waris lelaki gelandangan

Iklan
Hasan diselamatkan pihak JKM dalam satu operasi di sini pada 30 Mei lalu. (Gambar kecil: Hasan)

KUANTAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kuantan mengesan waris lelaki orang papa (gelandangan) yang diselamatkan dalam satu operasi dekat sini pada 30 Mei lalu.

Pegawai JKM Daerah Kuantan, Marina Abdullah berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Hasan Mashood, 58, kini ditempatkan sementara di Desa Bina Diri (DBD) Jerantut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan kad pengenalannya, alamat terakhir lelaki terbabit di Lot 2917, Kampung Megat Segama, Temerloh.

"Abang sulungnya, Selamat Mashood maklumat terakhir tinggal di Kluang,Johor manakala abang kedua, Junaidi Mashood beralamat di Kampung Megat Segama.

Iklan

"Berdasarkan maklumat ketua kampung, Junaidi tidak dapat dikesan mungkin telah berpindah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Marina berkata, seorang lagi abangnya, Jamian Mashood, alamat terakhir di Kampung Sri Jaya, Jalan Kulai, Kota Tinggi, Johor.

Iklan

"Hasil semakan, semua penama yang dicari tidak lagi tinggal di alamat seperti dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Waris-waris orang papa ini atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang mereka diminta menghubungi Azmy Salleh dari Unit Penguatkuasaan dan Perundangan Pejabat JKM Daerah Kuantan di talian 09-5724225," ujarnya.