DHAKA - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 12 yang lain cedera selepas sebuah trak dan pikap bertembung dalam nahas jalan raya di daerah Sylhet Bangladesh pada Rabu, lapor Xinhua memetik kenyataan seorang pegawai kanan polis.
Inspektor di Balai Polis Dakshin Surma Sylhet, Md Abul Hossain, berkata:"sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 12 cedera, dengan kesemua yang maut terdiri pekerja binaan.”