Ketua Pegawai Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, sebanyak 100 kotak misteri tersedia untuk aktiviti cabutan bertuah buat pelanggan dan setiap kotak mengandungi sekeping ‘Golden Ticket’ bernilai RM5,000 atau sekeping ‘Purple Ticket’ bernilai RM50.
Menurutnya, pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertainya dan dapat menikmati ganjaran melalui tebusan eBaucar yang dimenangi.
"Selain itu, 50 pelanggan yang paling banyak berbelanja semasa tempoh tebusan ‘Golden Ticket’ akan diundang menghadiri Majlis Penghargaan Pembeli pada 25 Jun ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, sebagai tanda penghargaan dari warga kerja Suria KLCC, seorang pelanggan setia yang bertuah berpeluang untuk memenangi ‘Super Golden Ticket’ yang bakal memberi ganjaran e-Baucar hebat yang bernilai RM10,000 tanpa perlu menambah nilai perbelanjaan.
Katanya, kempen ‘The Golden Ticket’ adalah upacara tradisi tahunan yang amat berprestij dan sentiasa menantikan kehadiran pelanggan terhormat.
"Dianjurkan sejak tiga tahun lalu, kempen ini telah memberikan ganjaran hebat kepada pelanggan setia menerusi baucar membeli-belah bernilai lebih RM1 juta.
"Melihat dari sasaran impak ekonomi, kebanyakkan rakan perniagaan Suria KLCC telah mencatat peningkatan dari sudut jumlah pelanggan dan jualan terus,” katanya.
Sementara itu, di Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya, kempen ‘Golden Ticket’ yang berlangsung dari 26 Mei sehingga 18 Jun manakala Pusat Beli-Belah Mesra di Kemaman, Terengganu akan menjayakan Kempen ‘Golden Ticket’ untuk 30 hari bermula dari 2 sehingga 31 Julai 2023.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.suriaklcc.com.my, www.alamanda.com.my dan www.mesramall.com.