BEIJING - Gara-gara bengang parkir kereta dikebas pemandu lain, seorang lelaki China mengimpal penghadang besi bagi mengepung kereta tersebut selepas pemiliknya enggan mengalih kenderaan tersebut.
Kejadian berlaku di Chaosheng di wilayah Chaozhou, China apabila lelaki dikenali sebagai Zasu mendapati parkir yang disewanya 'diceroboh' kereta lain.
Iklan
Iklan
Walaupun beberapa kali cuba menghubungi pemiliknya untuk mengalihkan kenderaan dengan kadar segera tidak dilayan, Zasu terpaksa mengambil keputusannya sendiri.
Zazu memutuskan untuk mengepung kenderaan itu dengan mengimpal tiang besi di sekeliling parkir sebagai memberi peringatan terakhir kepada pemilik kereta yang degil itu.
Keputusan drastik itu dibuat selepas dia membuat enam panggilan telefon selama dua jam dan pemilik kereta yang berjaya dihubunginya menjelaskan ia parkir awam dan enggan mengalihkan keretanya.
Seorang peguam China menjelaskan hanya orang yang memiliki dengan menyewa parkir berhak menggunakannya secara eksklusif.
Justeru, individu lain dilarang menggunakan tempat letak kereta tanpa kebenaran pemiliknya dan mereka boleh melaporkannya kepada syarikat untuk tindakan seterusnya. - Agensi