Pertahankan Kerajaan Perpaduan matlamat UMNO

Iklan
Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu semua pihak jelas bahawa mempertahan dan menjayakan Kerajaan Perpaduan adalah matlamat politik parti tersebut pada ketika ini.

Beliau berkata, UMNO akan mengembeling segala kepakaran dan pengalaman yang dimiliki bagi menjayakan kerajaan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Jangan lagi kita sebarkan pelbagai naratif yang mengelirukan.

"Malah kita mesti menoktahkan segala kekeliruan dan bekerja seolah-olah ini adalah kerajaan milik dan dipimpin UMNO sepenuhnya.

Iklan

"Saya mahu semua perwakilan dan ahli UMNO jelas dalam perkara ini, tidak mahu kita ada sedikit kesangsian pun kerana segala kekeliruan itu natijahnya ialah masalah yang tidak akan berkesudahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Rabu.

Iklan

Tambah Mohamad, kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan telah membuka potensi baharu untuk parti itu.

"Potensi yang tidak pernah terlintas di sanubari, malah tidak pernah terbayang dek akal kita bahawa kita sedang meneroka kerjasama politik yang unik, ‘unprecedented’ dan sangat luar biasa," ujarnya.

Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedang melalui ‘eksperimen politik’ yang disifatkan sangat penting.

"Panggillah apa pun. Jajaran, Koalisi atau Persefahaman baharu. Yang jelas, ia adalah haluan politik yang ‘business as unusual’, iaitu pembentukan persefahaman politik yang berasaskan perpaduan dan kepentingan nasional," jelasnya.

Katanya lagi, selama ini parti berkenaan dirasakan janggal untuk bekerjasama sebagai rakan politik, namun kini tidak lagi canggung untuk duduk bersama dan memeta jalan ke hadapan untuk negara.

Justeru, beliau berpandangan bahawa UMNO perlu meneroka jalan baharu tersebut, yang lebih progresif, moden dan kontemporari.

"Bekerjasama dengan ‘new partners with different perspectives’ (rakan baharu dengan perspektif berbeza) demi sebuah negara yang berkemajuan, aman damai dan stabil.

"Maknanya, kita mesti bergerak ke hadapan dari titik ini. Membuka ruang untuk bekerjasama," ujarnya.