Jenaka hina Malaysia: Jangan lagi bertolak ansur - Wan Ahmad Fayhsal

Iklan
Wan Ahmad Fayhsal

SHAH ALAM - Tindakan pelawak Singapura, Jocelyn Chia menghina Malaysia dan menjadikan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 sebagai bahan jenaka tidak boleh diterima.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu berkata, perbuatan tersebut tidak boleh dibiarkan dan wajar diprotes seluruh rakyat negara ini.

Iklan
Iklan

"Ini bukan lawak, tapi satu penghinaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita wajib protes dan mengecam tindakan jijik pelawak dari Singapura yang secara terang-terangan menghina Malaysia.

"Sebagai seorang ahli Parlimen Perikatan Nasional yang menjaga hal ehwal portfolio Kementerian Luar Negeri, saya akan segera menghantar notis kecaman dan bantahan terhadap Kedutaan Besar Singapura di Kuala Lumpur," katanya.

Iklan

Jelasnya, tindakan Jocelyn bukan sahaja boleh mencemarkan hubungan antara dua hala malah dapat mewujudkan permusuhan dalam kalangan masyarakat di kedua-dua buah negara.

"Kita harus memastikan individu seperti Jocelyn ini bertanggungjawab atas perkataannya.

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

"Jangan lagi kita bertolak ansur dalam hal yang membabitkan maruah negara," tegas beliau.

Sementara waris mangsa MH370, Intan Maizura Othaman menyatakan individu yang mempersenda misteri kehilangan pesawat berkenaan sebagai tidak berhati perut.

Dia berharap Jocelyn menjadi wanita lebih baik.

Dalam pada itu Intan Maizura turut menyindir komen daripada rakan-rakan Singapura dan beberapa rakyat Malaysia yang bertepuk tangan kerana jenaka yang hambar.

"Adakah anda benar-benar terhibur? Kalian sepatutnya malu kerana mempunyai selera yang teruk," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kecam pelawak Singapura jadikan MH370 bahan jenaka

Guna MH370 bahan jenaka adalah keji, jijik - Isteri pramugara

Jenaka MH370: 'Pelawak perlu tahu sensitiviti, empati'