JDT nekad kekal momentum berdepan Terengganu

Iklan
Kesebelasan JDT mahu terus kan momentum kejayaan - foto fb Johor Southern Tigers

SKUAD Johor Darul Ta'zim (JDT), berazam meneruskan momentum kejayaan pada aksi sulung pusingan kedua Liga Super berdepan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pada Jumaat.

Menurut pengendali skuad Harimau Selatan Esteban Solari, kejayaan tersebut dilihat penting dalam usaha meneruskan kesinambungan aksi cemerlang pasukan musim ini.

Iklan
Iklan

"Bola sepak sentiasa berkait rapat dengan perlawanan akan datang dan kali ini (Jumaat), kami akan menentang Terengganu (FC), dan pasukan ini telah menunjukkan peningkatan.

"Oleh itu, perlawanan ini pastinya sukar kerana ketika menentang mereka pada pusingan pertama sebelum ini, kita turut menerima tentangan yang sengit, apatah lagi kali ini mereka beraksi di laman sendiri.

Iklan

"Apa pun, kami akan cuba memberikan aksi terbaik bagi meraih tiga mata berharga," katanya.

Untuk rekod, JDT menamatkan saingan pusingan pertama Liga Super musim ini dengan nota cemerlang apabila menewaskan Penang FC, 2-0 di Stadium Bandaraya, Sabtu, lalu.

Iklan

Skuad Harimau Selatan itu kini gah di puncak Liga Super dengan 39 mata hasil 13 kemenangan berturut-turut sementara Penang FC berada pada kedudukan ke-10 dengan 14 mata hasil empat kemenangan, dua seri dan tewas tujuh kali daripada 13 perlawanan.

Sementara itu, Solari berharap tonggak pertahanan import, Jordi Amat kembali cergas untuk beraksi pada perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan membuat penilaian terlebih dahulu bagi memastikan pemain berkenaan benar-benar cergas untuk beraksi.

"Kita mahu pastikan dia (Jordi), benar-benar cergas sebelum beraksi nanti," katanya.

Pada aksi berdepan Penang FC, Sabtu Jordi dikeluarkan pada minit ke-46 dan digantikan oleh Shahrul Saad.