Ibu, bapa tiri didakwa lagi kes cuai jaga anak

Iklan
Tertuduh diiringi polis di mahkamah, pada Khamis.

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri yang dilepaskan tanpa bebas oleh pada Rabu atas pertuduhan kecuaian terhadap penjagaan seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun pada 28 April lalu, mengaku tidak bersalah apabila didakwa semula atas pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Khamis.

Lelaki yang juga bapa tiri mangsa serta wanita yang merupakan ibu kandung kanak-kanak berkenaan yang kini hamil tiga bulan, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim, VM Mabel Sheela selepas pertuduhan baharu dibacakan terhadap mereka.

Iklan
Iklan

Rabu lalu, pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 23 tahun itu, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Pada 3 Mei lalu, pasangan berkenaan mengaku bersalah bagi pertuduhan mencapai niat bersama menganiayai kanak-kanak yang berada di bawah jagaan mereka itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Iklan

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas pertuduhan pindaan dibacakan.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001, memperuntukkan denda RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya S. Thiviya mencadangkan jaminan RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selain di minta tidak mengganggu saksi pendakwaan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun, pasangan berkenaan yang tidak diwakili peguam memohon agar jaminan berkenaan dikurangkan.

Hakim, Mahkamah Sesyen, VM Mabel Sheela membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap seorang tertuduh selain perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis terdekat, tidak mengganggu saksi selain menetapkan tarikh 11 Julai sebagai tarikh serahan dokumen dan lantikan peguam.