Malaysia tidak disenaraikan bawah program pengecualian visa: Wisma Putra

Iklan

KUALA LUMPUR - Sebuah portal berita tersalah lapor apabila menyatakan Malaysia disenaraikan di bawah program pengecualian visa Amerika Syarikat, menurut Kementerian Luar Negeri.

Sehingga kini, tiada sebarang perubahan dalam status program itu bagi rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

"Rakyat Malaysia yang mahu berkunjung ke Amerika Syarikat masih perlu memohon visa seperti biasa,” jelas kementerian itu menerusi satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menyebut maklumat yang salah itu terkandung dalam artikel bertajuk ‘Amerika Masukkan Jamaica, 9 Lagi Negara ke dalam Program Pengecualian Visa’ menerusi pautan berita news-ap.com.

Iklan
Iklan

"Kementerian menggesa supaya dihentikan segera penyebaran berita itu menerusi aplikasi WhatsApp atau sebarang saluran sosial atau komunikasi yang lain,” menurut kenyataan itu.- Bernama