KANGAR - Tempoh reman sepasang suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas, disambung enam hari bermula Jumaat.
Perintah reman hingga 14 Jun terhadap kedua-duanya yang berusia 34 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Nurhaliza Md Ali bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.