Pulau Pinang bubar DUN 28 Jun ini

Iklan
Kon Yeow

GEORGETOWN - Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) dijalankan.

Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri, Chow Kon Yeow selepas menghadiri Majlis Perasmian Wacana Ilmu Apresiasi Pendidikan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat daerah Timur Laut 2023, di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Kon Yeow berkata, segala urusan berkaitan pembubaran DUN itu akan diatur dengan sebaik mungkin.

Sebelum ini, Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang mengesahkan akan membubarkan DUN dalam tempoh 10 hari terakhir pada bulan ini.

Iklan

Sebelum ini, Kon Yeow mengumumkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang akan membubarkan DUN pada minggu ketiga atau keempat bulan Jun ini bagi membolehkan PRN diadakan.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini juga berpendapat PRN di enam negeri itu perlu dijalankan serentak seperti yang dicadangkan beberapa pihak sebelum ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, langkah itu bagi memudahkan urusan SPR termasuk penyelarasan petugas dalam memastikan proses pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di enam negeri itu berjalan lancar.