'Anak saya masih menangis hilang ayah, tapi anda jadikan MH370 jenaka'

Iklan
Waris MH370, Intan Maizura menyifatkan tindakan pelawak Singapura, Jocelyn Chia melampau.

SHAH ALAM -"Anak saya Muhammad masih lagi menangis atas kehilangan ayahnya dan anda menjadikan MH370 ini sebagai jenaka", kata Intan Maizura Othaman, isteri kepada salah seorang pramugara yang berada dalam pesawat MH370.

Intan Maizura meluahkan perkara itu susulan tindakan melampau pelawak asal Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekeh dan menghina Malaysia menerusi persembahan komedi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Jocelyn sepatutnya mempunyai empati dan tidak seharusnya membuat jenaka di atas kesedihan orang lain.

"Anda tidak sepatutnya lakukan lawak jenaka ini untuk mendapat 'pengiktirafan' daripada orang lain. Mempunyai hati dan menetap di negara sedang membangun lebih baik daripada duduk di negara maju tetapi menjadi manusia yang keji," katanya menerusi hantaran video di Instagram dan TikTok.

Iklan

Intan Maizura juga menyifatkan tindakan wanita yang kini bukan lagi warganegara Singapura itu sebagai memalukan selain turut meminta orang ramai untuk hentikan normalisasi perkara seumpama itu dan menjadi masyarakat lebih peka dengan perkara sensitif.

Menerusi video tular berdurasi satu minit 29 saat yang dimuat naik di laman sosial TikTok, pelawak itu menyifatkan pembangunan Malaysia jauh ketinggalan berbanding Singapura yang bergelar negara maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Iklan

Lebih melampau, wanita berkenaan turut menggunakan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai modal jenaka sehingga menimbulkan kemarahan warganet.

ARTIKEL BERKAITAN: Lawak melampau: Singapura mohon maaf

Malaysia kecam jenaka keterlaluan pelawak Singapura

Netizen kecam pelawak Singapura jadikan MH370 bahan jenaka

Guna MH370 bahan jenaka adalah keji, jijik - Isteri pramugara

Jenaka MH370: 'Pelawak perlu tahu sensitiviti, empati'