Ambil langkah agresif tarik minat anak muda lanjut pelajaran

Iklan
Nurul Amal -Foto: SINAR HARIAN/ Rosli Talib

KUALA LUMPUR - Populariti sebagai pempengaruh serta mudah mendapat wang menjadi punca kebanyakan anak muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Justeru, Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menggesa kerajaan mengambil langkah lebih agresif dan sebagai usaha menarik minat golongan berkenaan sama ada melalui pendidikan akademik mahupun teknikal.

Iklan
Iklan

"Kerajaan juga perlu menyesuaikan silibus dan sukatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) memenuhi keperluan industri dan kebolehpasaran kerja," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pada Khamis.

Beliau memaklumkan,statistik bagi tahun 2020 mendapati lebih daripada 35 peratus lepasan SPM tidak melanjutkkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan angka tersebut meningkat kepada hampir 50 peratus pada tahun berikutnya.

Iklan

Sementara itu, Nurul Amal turut menawarkan kerajaan untuk melantik Puteri UMNO menjadi duta dan ikon Pendidkan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai usaha menyebarluaskan program berkenaan agar lebih ramai wanita muda dapat diperkasakan.

"Kita boleh mulakan dahulu dengan menggalakkan adik-adik Puteri menyertai program yang di anjurkan oleh TVET.

Iklan

"Dengan peluang yang ada, kita tingkatkan kemahiran dan melatih semula bagi menjadikan diri lebih berdaya saing, seiiring dengan kepesatan keperluan industri," ujarnya.