Kontraktor rugi hampir RM100,000 angkara 'love scam'

Iklan
Seorang kontraktor kerugian hampir RM100,000 selepas diperdaya sindiket Love Scam. - Gambar hiasan, gambar kecil: Yahaya

KUANTAN - Seorang kontraktor mengalami kerugian RM98,658 selepas dipercayai ditipu sindiket penipuan love scam melalui laman sosial Facebook.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, lelaki berusia 30 tahun itu telah berkenalan dengan seorang wanita yang kononnya dari luar negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya,suspek seterusnya memberitahu dirinya sudah berada di negara ini bersama wang Euro 81,000 dan telah ditahan pihak berkuasa bersama wang terbabit.

"Mangsa kemudian telah membuat 43 transaksi kepada 13 akaun berlainan dengan tujuan untuk membantu suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, susulan itu mangsa mengalami kerugian berjumlah RM98,648 wang simpanannya.

"Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan

Justeru, Yahaya menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan penyamaran dan 'love scam'.

"Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis. Semakan nombor akaun serta nombor telefon yang diterima terlebih dahulu di pautan https://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi," ujarnya.