Puteri UMNO perlu jadi ‘game changer’

Iklan
Nurul Amal ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO perlu menjadi ‘game changer’ bukan hanya untuk parti malah kepadai golongan wanita muda.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, terdapat tiga perkara penting untuk sayap parti itu laksanakan sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

"Ada tiga perkara penting buat rakan-rakan Puteri sebagai persiapan PRN iaitu anjurkan program-program yang boleh menarik pengundi 18 tahun dan pastikan ia menepati citarasa anak muda.

"Kepimpinan Puteri pusat, negeri, dan bahagian perlu berkolaborasi untuk mempersiapkan ahli-ahli dalam pendigitalan gerak kerja. Langkah ini penting dalam transformasi gerak kerja bersesuaian dengan revolusi industri IR4.0.

Iklan

"Ketiga, kita akan mengadakan ‘retreat’ Puteri UMNO bagi memastikan tekad wahdatul fikr dan wahdatul amal dalam kalangan kita terus mekar. Jadi, kita minta semua Puteri untuk bersedia,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Khamis.

Dalam pada itu beliau mengulangi peringatan kepada ahli Puteri mengenai asas perpaduan demi kepentingan landasan politik pada hari ini.

Iklan

"Kekalkan perpaduan ini demi keharmonian. Perpaduan ini adalah kematangan dan kesungguhan kita untuk kebaikan rakyat dan bukan kepentingan politik semata-mata.

"Peribadi yang perlu kita patri dalam hati sebagai prinsip yang tidak akan berubah. Memetik kata-kata Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan) semalam, UMNO akan terus menjadi parti yang memperjuangkan Islam dan Melayu,

"Parti ini yang lebih sederhana dan menghargai kepelbagaian Malaysia, dengan unit politik dan sosialnya, yang beraneka agama, kaum dan etnik serta budaya,” ujarnya.

Sebelum ini dalam ucapan dasarnya, Nurul Amal mengingatkan ahli Puteri untuk menerima dengan hati terbuka asimilasi atau penyesuaian politik antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) demi kepentingan rakyat serta kestabilan Kerajaan Perpaduan.

Walaupun penyatuan itu memerlukan tempoh untuk dibiasakan, namun beliau berharap agar ahli akar umbi menerimanya demi kestabilan dan kepentingan rakyat.