‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok Mat

Iklan
Mohamad ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Khas di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan bahawa adalah lebih baik sekiranya parti DAP meminta maaf kepada UMNO.

Menurutnya, ini adalah kerana kedua-dua parti tersebut sedang bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

"Tidak ada masalah. Cadangan yang baik. Kalau DAP berbesar hati meminta maaf kepada rakyat Sarawak, jadi tiada isu.

"Kalau boleh (minta maaf) Alhamdulillah, lagi bagus kerana kita akan bekerjasama dalam satu kerajaan.

Iklan

"Kita mesti berbesar hati untuk lakukan apa yang baik untuk masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Khas di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Khamis.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menuntut permohonan maaf daripada DAP dan menarik balik segala tohmahan yang dilemparkan terhadap parti itu.

Iklan

Muhamad Akmal berkata, tindakan itu berupaya melembutkan hati ahli-ahli UMNO yang masih meragui kejujuran DAP untuk bersahabat.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, desakan permohonan maaf oleh DAP terhadap UMNO tidak sepatutnya menjadi isu yang dibangkitkan semula.

Beliau menegaskan, perkara itu katanya telah dibincangkan beberapa kali ketika fasa rundingan dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ahmad Zahid ingatkan jangan usik hati orang Melayu

Pemuda UMNO perlu ‘move on’, lupakan kisah silam - DAP

Ahmad Zahid sebak dengar amanat Najib

UMNO terus pertahan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal - Ahmad Zahid

'Saya hadir semula PAU 2023 untuk perkukuh kerajaan' - Anwar

UMNO gesa selesai segera isu bebanan guru, doktor kontrak

Beri peluang kerajaan terjemah agenda dijanjikan - Ahmad Zahid

‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok Mat

'Air karat di Kelantan masih gagal dijernihkan'- Ahmad Zahid

'UMNO bukan mengkarung politik' - Ahmad Zahid

Anwar hadiri PAU 2023 selepas 25 tahun