PDRM FC membuka kempen pusingan kedua Liga Super dengan momentum positif dalam perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya pada Khamis.
The Cops mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas menumpaskan Sabah FC 1-0 hasil jaringan separuh masa pertama Nabil Ahmad Latpi pada minit ke-26.
Iklan
Iklan
Sebagai rekod, The Cops kendalian, Azzmi Ab Aziz sebelum ini mengejutkan Selangor FC kendalian Tan Cheng Hoe, 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 3 Jun lalu.
Sebelum itu, PDRM menang bergaya 4-1 ke atas kelab bermasalah Kelantan FC kendalian Frank Bernhardt di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu 23 Mei lalu.
Kemenangan tipis 1-0 ke atas The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee tersebut sekali gus menebus kekalahan aksi pusingan pertama sebelum ini.
Sebagai rekod, Sabah menewaskan PDRM 4-0 dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Likas pada 25 Februari lalu.
Gol The Rhinos dijelmakan Saddil Ramdani (m-13, m-71), Taesu Park (m-37) dan Stuart John Wilkin (m-93).