Imran Khan bebas dengan jaminan

Iklan
Pengawal peribadi mengiringi Imran ketika tiba di mahkamah di Islamabad, Pakistan, pada Khamis. - Foto EPA

KARACHI - Mahkamah Tinggi Pakistan, membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan dibebaskan dengan jaminan, berhubung tuduhan bunuh.

Perintah itu bermakna Imran tidak boleh ditahan semula dalam tempoh 14 hari.

Iklan
Iklan

9 Mei lalu, Imran ditahan dan direman selama tiga hari, mencetuskan protes kalangan penyokongnya. Beliau kini bebas dengan jaminan untuk beberapa kes jenayah.

Sejak ditahan, Imran berdepan 150 tuduhan termasuk menerima rasuah.

Iklan

Beliau mempertahankan dirinya tidak bersalah dan mendakwa tuduhan dibuat ke atasnya bermotifkan politik.

Pertikaian tentera dengan Imran ini mencetuskan kebimbangan dan mengancam kestabilan negara itu yang kini berdepan krisis ekonomi terburuk sejak berdekad lamanya. - Awani

Iklan