112kg e-waste dikumpul di Pulau Perhentian

Iklan
Sebahagian peserta yang terlibat dalam Kempen Jom Lupus E-Waste di Pulau Perhentian pada 3 hingga 5 Jun lalu.

KUALA TERENGGANU - Kempen kesedaran pengurusan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) di sekitar Kampung Nelayan, Pulau Perhentian yang pertama kali dilaksanakan berjaya mengumpul 112 kilogram (kg) sisa berkenaan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu, Ramli Abd Rahman berkata, program dilaksanakan bermula 3 hingga 5 Jun itu mengumpul sisa e-waste seperti peti ais, telefon pintar dan kipas lama hasil sumbangan penduduk setempat.

Iklan
Iklan

"Kempen Jom Lupus E-Waste melibatkan semua lapisan masyarakat merangkumi pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian, penduduk tempatan dan para pelancong bagi memupuk dan membudayakan budaya pemeliharaan alam sekitar dengan membuang sisa pepejal ini di tempat yang betul supaya tidak menyumbang kepada ledakan pencemaran sisa e-waste kepada alam sekitar.

Menurut Ramli, program Jom Lupus E-Waste ini juga dianjurkan bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2023 tahun ini bertemakan 'Hentikan Pencemaran Plastik (Beat Plastic Pollution)'.

Iklan

Jelas beliau, kempen itu dijayakan Rakan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Student Chapter dengan kerjasama JAS Terengganu, SK Pulau Perhentian, KT Wan Recyle Sdn.Bhd, Secret Recipe Sdn.Bhd dan Penghulu Pulau Perhentian.

"Hasil pungutan sisa e-waste daripada penduduk tempatan dan pelancong ini dibawa dari pulau ke tanah besar menggunakan bot dan diberi kepada Syarikat KT WAN Recycle Sdn. Bhd yang merupakan syarikat pengurusan sisa e-waste berlesen di Terengganu.

Iklan

"Selain itu, seramai 70 murid SK Pulau Perhentian turut menyertai pengisian aktiviti menarik antaranya ceramah ilmiah berkaitan e-waste dan sambutan diterima amat menggalakkan,"katanya.