'Kerana saya Islam dan Arab Saudi adalah negara Islam'

Iklan
Benzema FOTO: AFP

KARIM Benzema menjelaskan peluang untuk tinggal di Arab Saudi selain ia merupakan sebuah negara majoriti Islam adalah faktor pendorong untuknya berpindah ke Al Ittihad.

Pemain berusia 35 tahun melengkapkan perpindahannya dari Real Madrid ke Al Ittihad selepas menerima tawaran lumayan daripada juara Liga Pro Saudi itu.

Iklan
Iklan

Benzema diperkenalkan kepada penyokong Al Ittihad buat pertama kali di King Abdullah Sports City dengan 60,000 peminat hadir untuk majlis itu.

"Al Ittihad adalah salah satu kelab terbaik di Arab Saudi. Ia adalah kelab yang melihat banyak keghairahan daripada peminat dan mempunyai banyak trofi.

Iklan

"Kerana saya Islam dan ini adalah negara Islam, dan saya sentiasa mahu tinggal di sini.

"Di sinilah saya mahu berada kerana penting bagi saya untuk berada di negara Islam, di mana saya merasakan orang ramai sudah seperti saya. Ia akan membolehkan saya menjalani kehidupan baharu dan saya tidak sabar untuk tinggal di sini.

Iklan

"Saya ingin bercakap bahasa Arab dengan fasih, ia penting bagi saya," katanya.

Benzema adalah pemenang Ballon d’Or kedua yang menyertai Liga Pro Saudi mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukannya di Real, Cristiano Ronaldo menyertai Al Nassr pada Januari.

Benzema dan Ronaldo menghabiskan sembilan tahun bersama di Real dan Benzema berharap mereka berdua dapat meningkatkan taraf liga itu.

"Cristiano Ronaldo yang juga kawan saya sudah berada di sini. Ia menunjukkan Arab Saudi mula maju lebih jauh ke tahapnya; yang penting di peringkat antarabangsa.

"Ada nama besar bermain di sini iaitu Cristiano Ronaldo dan sekarang saya. Jadi, adalah penting untuk menunjukkan bahawa bola sepak Saudi boleh memberi impak global," katanya.