KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas kegagalan pentadbiran kerajaan Pas terutama dalam mengurus bekalan air hingga masalah air karat di Kelantan masih gagal 'dijernihkan'.
Timbalan Perdana Menteri berkata, oleh itu sudah tiba masanya perubahan besar berlaku di Kelantan, Kedah dan Terengganu dengan memberikan peluang kepada Kerajaan Perpaduan mentadbir dan melaksanakan pelbagai agenda perpaduan.
Tegasnya, banyak agenda pembangunan asas terutama di Kedah dan Kelantan, memerlukan perubahan-perubahan besar.
"Islam itu bersih. Bersih di luar dan bersih di dalam. Untuk bersih, Islam memerlukan air bersih.
"Soal keperluan air bersih umpamanya di Kelantan, seolah-olah jalan penyelesaiannya tidak kunjung tiba.
"Apakah mereka (Pas) tidak diberi peluang? Selama 33 tahun menjadi pemerintah di negeri dan wakil mereka pernah menjadi menteri yang menjaga air, air karat masih gagal ‘dijernihkan’. Karatnya air begitu jugalah karatnya hati mereka," sindirnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Jumaat.
Hadir sama, Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ahmad Zahid ingatkan jangan usik hati orang Melayu
Pemuda UMNO perlu ‘move on’, lupakan kisah silam - DAP
Ahmad Zahid sebak dengar amanat Najib
UMNO terus pertahan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal - Ahmad Zahid
'Saya hadir semula PAU 2023 untuk perkukuh kerajaan' - Anwar
UMNO gesa selesai segera isu bebanan guru, doktor kontrak
Beri peluang kerajaan terjemah agenda dijanjikan - Ahmad Zahid
‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok Mat
'Air karat di Kelantan masih gagal dijernihkan'- Ahmad Zahid