Negara anggota UN-Habitat tertarik 4 fokus utama Malaysia

Iklan
Kor Ming bersama peserta negara anggota UN-Habitat. - Foto kredit Twitter

SHAH ALAM - Empat fokus utama Malaysia dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) berjaya menarik perhatian negara anggota dalam Persidangan United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat) 2023 yang berlangsung di Nairobi, Kenya.

Empat fokus tersebut adalah penjajaran dasar dengan perancangan strategik, struktur tata kelola, pengumpulan dan perkongsian data maklumat yang lebih tepat serta dana bagi menyokong pelaksanaan SDGs.

Iklan
Iklan

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming selaku ketua delegasi Malaysia membentangkan perkara berkenaan dalam sesi High Level Interactive Strategic Dialogue on Special Theme of the 2nd Session of UN-Habitat Assembly sempena persidangan itu.

"Pembentangan menteri (Kor Ming) menarik perhatian dan minat mendalam negara anggota terutamanya dalam aspek pelaksanaan dasar, program pembangunan, pembiayaan dan penyediaan perumahan mampu milik,” kata Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan
Kor Ming - Foto kredit Twitter

Pada persidangan UN-Habitat 2023 yang bermula 5 hingga 9 Jun itu, Kor Ming terlibat dalam beberapa siri ucaptama, panel forum dan pertemuan bilateral Presiden Kenya, Dr William Samoei Ruto serta pemimpin negara anggota lain.

Beliau juga dijemput menyampaikan ucapan bertajuk Towards a Multilateral Collaboration and Knowledge Exchange System to Accelerate SDGs Implementation in Cities dalam program sampingan dihoskan oleh China yang menyentuh pendirian Malaysia kekal komited sepenuhnya kepada agenda bandar mampan.

Iklan

Kor Ming turut mengadakan pertemuan khas bersama Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif bagi membincangkan mengenai kerjasama yang akan ditingkatkan untuk agenda tersebut.

‘’Sesi pertemuan ini sangat bermakna bagi memastikan Malaysia konsisten merealisasikan usaha ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs),’’ kata KPKT dalam kenyataan sama.