KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehadiran beliau pada Persidangan Agung UMNO (PAU) 2023 adalah bagi mengukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan selain memberi manfaat kepada rakyat.
"Saya hadir semula (PAU) kerana saya gunakan platform perpaduan ini untuk memperkukuh kerajaan dan memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas ucapan Dasar Presiden sempena PAU 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Jumaat.
Menjawab persoalan kembali semula selepas 25 tahun, beliau berkata, perkara yang menjadi keutamaannya ketika ini adalah menyempurnakan tugasan kepada negara.
Beliau turut mengakui bahawa berasa selesa untuk menghadirkan diri ke PAU itu oleh kerana sudah terbiasa dengan suasana tersebut.
"Ini termasuk menghafal lagu UMNO,” katanya.
Kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menjadi tumpuan apabila kembali menghadiri persidangan tersebut setelah dipecat oleh parti itu pada 1998.
Kali terakhir Anwar berucap di pentas PAU pada 1998 sebagai Timbalan Presiden UMNO.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ahmad Zahid ingatkan jangan usik hati orang Melayu
Pemuda UMNO perlu ‘move on’, lupakan kisah silam - DAP
Ahmad Zahid sebak dengar amanat Najib
UMNO terus pertahan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal - Ahmad Zahid
'Saya hadir semula PAU 2023 untuk perkukuh kerajaan' - Anwar
UMNO gesa selesai segera isu bebanan guru, doktor kontrak
Beri peluang kerajaan terjemah agenda dijanjikan - Ahmad Zahid
‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok Mat
'Air karat di Kelantan masih gagal dijernihkan'- Ahmad Zahid