Bantu Turkiye, Syiria bina rumah kontena

Iklan
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR - Pas Relief bersama 39 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggembleng tenaga bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Pengerusi Aid 4 Turkiye & Syria, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebanyak lima misi kemanusiaan telah disempurnakan di negara terbabit bagi meringankan beban mangsa selain sebagai tanda keprihatinan rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak 36 buah rumah kontena disumbangkan kepada mangsa gempa bumi bermula dari misi bantuan pertama hingga terbaharu pada 3 hingga 7 Jun lalu.

"Sekretariat Aid 4 Turkiye & Syria akan berusaha menyalurkan lebih banyak bantuan berbentuk kontena penempatan sebanyak 100 unit. Kontena tersebut dilengkapi perabot asas, bekalan elektrik dan air bersih bernilai RM30,000 setiap unit.

Iklan

"Misi berkenaan diketuai Pengarah Aid 4 Turkiye & Syria, Mohd Yusni Mat Piah bersama lapan delegasi serta dua wakil media,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Jumaat.

Muhammad Sanusi berkata, bantuan lain termasuk menyediakan ‘food pack’ dan ‘food truck’ kepada mangsa terlibat.

Delegasi Aid 4 Turkiye & Syria turut menyediakan makanan kepada mangsa bencana.

Iklan

"Pihak sekretariat menyediakan 10 food truck dengan kos RM100,000 bagi setiap unit, selain makanan asas, selimut dan pakaian musim sejuk,” ujarnya.

Menurutnya lagi, untuk misi kelima tersebut, delegasi Aid 4 Turkiye & Syria berjaya memasuki penempatan di Idlib dan Halab di Syria.

"Bencana yang melanda Turkiye dan Syria masih meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk, terutama mangsa yang kehilangan anggota keluarga, tempat tinggal, harta benda dan terputus sumber pendapatan.

"Ini menambahkan lagi kesulitan mangsa untuk meneruskan kehidupan. Kita akan meneruskan misi ini atas dasar keprihatinan dan kemanusiaan, bagi memenuhi keperluan mangsa gempa bumi di sana,” jelasnya.

Muhammad Sanusi berkata, sekretariat Aid 4 Turkiye & Syria menghargai keprihatinan rakyat Malaysia yang telah menyumbang melalui tabung ini sejak ia dilancarkan.

"Pihak sekretariat berharap seluruh lapisan masyarakat dapat terus menyumbang dan menyokong kempen Aid 4 Turkiye & Syria bagi menjayakan misi bantuan seterusnya,” ujarnya.