Badminton beregu Para

Iklan
Pemain beregu lelaki para negara Muhammad Ikhwan Ramli (kiri) dan Noor Azwan Noorlan meraikan kemenangan selepas menewaskan Dunmern Junthong dan Jakarin Homhual dari Thailand pada Temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Dewan Badminton, Stadium Morodok Techo hari ini.

Beregu negara menang dengan mata 14-21, 21-17 dan 21-9 dalam perlawanan yang berlangsung selama 55 minit.

Kemenangan menerusi kategori WH1-WH2 berkerusi roda itu menyaksikan Malaysia menutup cabaran di Kemboja dengan 50 pingat emas.