Lelaki Rusia maut diserang jerung

Iklan
Video tular seorang warga Rusia diserang jerung di Laut Merah, Kaherah. - Agensi

KAHERAH - Seorang lelaki Rusia maut selepas diserang seekor jerung di luar pantai bandar peranginan Laut Merah, Hurghada pada Khamis.

"Serangan jerung harimau terhadap seorang pengunjung pantai...menyebabkan kematiannya," kata Kementerian Alam Sekitar Mesir yang menyiarkan kenyataan di Facebook.

Iklan
Iklan

Media Rusia berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an dan video dia diserang telah tular di media sosial.

Konsul Jeneral Rusia Viktor Voropayev memberitahu agensi berita TASS bahawa pihak berkuasa Mesir telah mengesahkan kematian warga Rusia yang dilahirkan pada tahun 1999.

Iklan

"Mangsa bukan pelancong, tetapi dia penduduk tetap Mesir," kata Voropayev memberitahu TASS.

Rakaman video itu telah tersebar luas di Mesir yang menunjukkan seseorang sedang bergelut untuk menyelamatkan diri dibaham jerung tersebut.

Iklan

Kementerian Alam Sekitar Mesir berkata sebuah pasukan berjaya menangkap jerung itu tujuan pemeriksaan dan mereka melaporkan haiwan itu telah mempamerkan 'tingkah laku tidak normal' sehingga mengakibatkan kejadian itu.

Katanya, aktiviti air akan digantung selama dua hari bermula Jumaat, merujuk serangan sebelumnya.

Laut Merah menjadi destinasi pelancongan yang popular di mana penampakan jerung adalah perkara biasa, namun ia jarang menyerang orang yang berenang di kawasan yang dibenarkan.

Julai tahun lalu, dua wanita termasuk warganegara Austria dan Romania terbunuh selepas diserang seekor jerung berhampiran Hurghada. - AFP