Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir

Iklan
Aaron-Wooi Yik kini berada di ranking ketiga dunia.

BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya membalas dendam kekecewaan Masters Malaysia dua minggu lalu apabila mengalahkan gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin untuk mara ke separuh akhir Terbuka Singapura, hari ini.

Selepas tewas 18-21, 19-21 di peringkat suku akhir Masters Malaysia, Aaron Chia-Wooi Yik menyingkirkan beregu ranking ke-10 dunia itu, 18-21, 21-16, 22-20 di peringkat sama dalam aksi sengit selama sejam 18 minit di Stadium Tertutup Singapura.

Iklan
Iklan

Aaron-Wooi Yik, akan membuat perhitungan menentang beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chan, esok, dalam merebut tempat ke final.

Beregu China, selaku pilihan ketujuh kejohanan, mengesahkan slot separuh akhir apabila dengan mudah mengatasi beregu England, Ben Lane-Sean Vendy, 21-11, 21-11.

Iklan
Iklan

Januari lalu, Aaron-Wooi Yik, beregu ranking keempat dunia, mara Ke final Terbuka India sebelum tewas kepada Wei Keng-Chang, 21-14, 19-21, 18-21. - Bernama