KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut sama menyanyikan lagu UMNO, 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' bersama ribuan perwakilan ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang masuk hari ketiga di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat.
Meskipun Pengerusi Pakatan Harapan itu sudah 25 tahun tidak bersama UMNO di Dewan Merdeka, namun beliau dilihat tidak kekok menyanyikan lagu tersebut.
Beliau menyanyikan lagu itu di atas pentas bersebelahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sambil mengibarkan bendera Sang Saka Bangsa.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun terdahulu tiba di WTCKL jam 9 pagi bagi mengetuai parti komponen Kerajaan Perpaduan sempena PAU kali ini.
Beliau kemudian menyertai perwakilan di Dewan Merdeka untuk mendengar ucapan dasar Presiden UMNO.
Kali terakhir Anwar menjejakkan kaki ke PAU adalah pada tahun 1998 semasa beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO sebelum beliau dipecat.
Sementara itu, Anwar ketika ditemui pemberita berkata, walaupun sudah 25 tahun berlalu, beliau masih mengingati bait-bait lirik lagu UMNO.
"Saya masih hafal dan ingat lirik lagu UMNO sampai sekarang," jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ahmad Zahid ingatkan jangan usik hati orang Melayu
Pemuda UMNO perlu ‘move on’, lupakan kisah silam - DAP
Ahmad Zahid sebak dengar amanat Najib
UMNO terus pertahan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal - Ahmad Zahid
'Saya hadir semula PAU 2023 untuk perkukuh kerajaan' - Anwar
UMNO gesa selesai segera isu bebanan guru, doktor kontrak
Beri peluang kerajaan terjemah agenda dijanjikan - Ahmad Zahid
‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok Mat
'Air karat di Kelantan masih gagal dijernihkan'- Ahmad Zahid