SPNB rancang bangunkan Bandar Madani

Iklan
Husam (dua dari kiri) melihat model rumah SPNB pada Majlis Ramah Mesra dan Taklimat dengan Generasi Kedua Felda Bukit Ramun dan Sungai Sayong di Dewan Semai Bakti Felda Bukit Ramun, Kota Tinggi pada Jumaat.

KOTA TINGGI - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) merancang membangunkan Bandar Madani yang pertama di negara ini agar selaras dengan konsep Kerajaan Madani, ketika ini.

Pengerusinya, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya telah mengenal pasti lokasi yang bersesuaian di Pasir Gudang.

Iklan
Iklan

Katanya, lokasi dengan keluasan 38.4 hektar (95 ekar) itu dilihat strategik bagi tujuan berkenaan.

"Pencetus idea Bandar Madani ni, Perdana Menterilah... saya ambil idea dia sahaja. Takkanlah Malaysia Madani ada, Bandar Madani tak ada?

Iklan

"Konsep Bandar Madani ini selain daripada keluasan tanah, ia termasuk kemudahan yang boleh dimiliki seperti kemudahan jalan raya dan berdekatan dengan laluan kereta api.

"Kali pertama kita tengok tempat tu kita dapati tempat itu agak strategik dan boleh dimajukan sebagai Bandar Madani yang pertama kerana dah tak sangkut dengan mana-mana halangan lagi," katanya.

Iklan

Husam berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Ramah Mesra dan Taklimat dengan Generasi Kedua Felda Bukit Ramun dan Sungai Sayong bersama Pengerusi SPNB, Datuk Husam Musa di Dewan Semai Bakti Felda Bukit Ramun, pada Jumaat.

Hadir sama, penasihat generasi kedua Felda, Mazlan Aliman.

Untuk rekod, ada beberapa konsep rumah di bawah SPNB iaitu Rumah Mesra Rakyat (RMR), jika dibina di tanah sendiri dan bagi rumah yang dibina di kawasan bandar ia berada di bawah RM30,000 seunit.

Sementara itu, Husam berkata, pihaknya tidak dapat memberikan kepastian mengenai jangka masa Bandar Madani tersebut akan disiapkan kerana ia masih di peringkat perancangan.

"Saya tak tahu berapa lama anak buah saya boleh buat kerja... kalau dapat kerjasama dan kelulusan, kita boleh percepatkanlah," katanya.