Kecewa dengan BN, Saravana umum keluar parti Makkal Sakti

Iklan
Saravana Kumar

SEREMBAN - Datuk V Saravana Kumar umum letak jawatan sebagai Naib Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) dan Pengerusi parti itu di Negeri Sembilan.

Perkara itu dikongsi dalam Facebook rasminya pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu turut memilih untuk keluar daripada parti itu dan memilih haluan sendiri untuk membantu masyarakat sekelilingnya khususnya di Negeri Sembilan.

"Saya lebih cenderung untuk meneruskan perkhidmatan saya di bawah #TeamDSK dan saya berupaya menjalankan perkhidmatan saya tanpa mengira perbezaan ideologi politik.

Iklan

"Landskap politik kini sudah berubah, selama saya berada di bawah Payung Friends of BN, saya mendapati bahawa Barisan Nasional (BN) bagaikan sudah tidak berupaya untuk teguh dengan pendirian yang diperjuangkan bersama selama ini," katanya.

Ujarnya, kelemahan BN untuk menetapkan hala tuju yang jelas dan kukuh menyebabkannya mengambil keputusan tersebut.

Iklan

"Pendirian mereka amat kabur dan lambat bertindak. Kelemahan ini semakin hari semakin ketara.

"Saya telah berjuang mati-matian di Seremban Jaya-N21 dan Nilai-N10, namun kelemahan mereka untuk bertindak menyebabkan rakyat yang mempercayai mereka terpinga pinga, buntu dan tidak jelas akan perjuangan mereka.

"Saya merasakan sudah cukup buat saya, dan saya ingin menetapkan hala tuju saya yang amat jelas untuk memastikan masyarakat sekeliling saya dibantu dan diberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada mereka yang pernah berganding bahu dengannya dan kini mahu memulakan perjuangan secara langsung tanpa sebarang agenda.

" Agenda saya kini adalah memastikan kesejahteraan rakyat," katanya.