Ahli UMNO digantung senasib dengan dipecat - Shahril

Iklan
Menerusi Program Keluar Sekejap, Shahril memberitahu bahawa ahli UMNO yang digantung tidak diberikan sebarang garis panduan seolah-olah senasib dengan mereka yang dipecat. - Foto Facebook Khairy Jamaluddin

SHAH ALAM - Status pemimpin UMNO yang digantung digambarkan senasib dengan mereka yang dipecat apabila tiada sebarang garis panduan yang ditetapkan.

Perkara itu didedahkan menerusi program Keluar Sekejap kelolaan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan disiarkan pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menerusi episod yang pertama kali dirakam di hadapan penonton itu, Khairy bertanya kepada Shahril sama ada mereka yang digantung UMNO diberikan sebarang syarat apa yang boleh atau tidak dibenarkan untuk dibuat.

Shahril bagaimanapun berkata, ia tidak ada sama sekali.

Iklan

"Tak ada (garis panduan)... macam gantung habis macam tu je..samalah (seperti dipecat)," katanya.

Khairy kemudian membalas;

Iklan

"Tak sama," katanya sambil tersenyum.

Pada awalnya Khairy bertanya kepada Shahril sama ada menerima sebarang jemputan bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang sedang berlangsung memandangkan status Shahril sebagai ahli yang hanya digantung berbanding dirinya yang sudah dipecat.

Shahril berkata, tiada sebarang jemputan rasmi melainkan apa dilapor media.

"Hanya seperti yang dibaca, datang beli sampin baharu... tapi jemputan atau whatsApp tak ada," katanya.