Enam hari tinggal di hutan akibat tekanan

Iklan
Mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada jam 2.46 pagi dalam jarak 3.2 kilometer di hutan berhampiran Terminal Meru Raya.

IPOH - Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang tinggal di hutan di sini selama enam hari akibat mengalami tekanan di tempat kerja.

Lelaki berusia 41 tahun itu dikatakan datang dari Kuala Lumpur ke Ipoh dengan menaiki bas dan masuk ke hutan berhampiran Terminal Meru Raya dekat sini sejak 3 Jun lalu.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi mencari dan menyelamat dilakukan selepas menerima satu panggilan mengenai mangsa pada jam 11.44 malam pada Jumaat.

Menurutnya, maklumat awal memaklumkan, mangsa memasuki kawasan hutan tersebut melalui laluan pencawang pembahagian utama (PPU) Tenaga Nasional Berhad (TNB) dekat Jabatan Audit Negara.

Iklan

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan selepas menerima satu panggilan mengenai mangsa pada jam 11.44 malam pada Jumaat.


"Anggota kemudiannya membuat pencarian di sekitar lokasi dan menemui mangsa pada jam 2.46 pagi dalam jarak 3.2 kilometer," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa yang ditemui berpakaian warna jingga dan seluar jeans biru berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Iklan

Katanya, mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi disertai 10 anggota itu tamat pada jam 3.53 pagi," katanya.