NEXTDC diiktiraf pusat data peringkat empat pertama Asia Tenggara

Iklan
NEXTDC yang beroperasi di Petaling Jaya menjadi satu-satunya pusat data dengan pengiktirafan peringkat empat yang pertama di Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun akan datang.

KUALA SELANGOR - NEXTDC Limited (NEXTDC) yang beroperasi di Petaling Jaya menjadi satu-satunya pusat data dengan pengiktirafan peringkat empat yang pertama di Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pengiktirafan itu merupakan piawaian industri tertinggi global bagi industri penyimpanan data.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pelaburan syarikat terkemuka Australia yang membawa nilai pelaburan RM3 bilion itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya kerana ia membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

"Sudah pasti kita memerlukan banyak tenaga (kerja) dan memerlukan kepakaran dari segi jurutera dan juruteknik untuk mengurus pusat data ini yang dianggarkan beroperasi penuh dalam tempoh 18 bulan ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketik ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di Padang Awam Kampung Permatang di sini pada Jumaat malam.

Amirudin berkata, pusat data bukanlah sesuatu yang asing di negeri ini kerana sebuah platform e-dagang juga sedang dibina di Bukit Raja, Klang.

Iklan

Katanya, kemasukan syarikat data itu secara tidak langsung memberi kesan langsung dan manfaat besar kepada pelaburan di negeri ini.

"Tahun lepas antara menjadi penyebab Johor mendapat pelaburan lebih daripada RM 70 bilion kerana terdapat banyak pusat data dibuka di negeri itu.

"(Syarikat teknologi global) memilih Johor sebagai lokasinya tetapi menariknya kali ini, syarikat ini berpusat di Pelabuhan Klang akan menjadi pusat data Asia Pasifik," jelasnya.