Polis Perak hargai peranan media

Iklan
Mohd Yusri (berdiri di tengah) sempena program High Profile Policing (HPP) bersama Media Perak di AEON Kinta City, Ipoh pada Jumaat.

IPOH - Media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat dan kejayaan polis kepada masyarakat, kata Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Menurut beliau, tanggungjawab digalas media diibaratkan 'tulang belakang' kepada pasukan keselamatan itu dalam menjaga keamanan dan keselamatan orang ramai.

Iklan
Iklan

"Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan media yang selama ini memberikan cerita tentang penugasan dan kejayaan polis.

"Walaupun ada juga cerita tidak enak dipaparkan, tetapi itu semua demi tugas kerana medialah tulang belakang kepada Polis Perak ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian sempena program High Profile Policing (HPP) bersama Media Perak di AEON Kinta City di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Jenny Choy Tsi Jen.

Iklan

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP), Sayed Mohd Hesham Syed Idris dan Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak, Rosli Mansor Ahmad Razali.

Mohd Yusri berkata, polis memerlukan hubungan baik dengan pihak media agar masyarakat mendapat lebih pendedahan mengenai usaha dilakukan pasukan itu terutama dalam menangani jenayah.

Pihaknya berharap, kerjasama erat terjalin dapat diperkukuhkan dan dapat membantu antara satu sama lain.

"Tema kita bukan sekadar polis dan masyarakat berpisah tiada, tetapi di negeri ini kita mahu jadikan polis dan media berpisah tiada," katanya.

Sempena program itu, seramai 35 pengamal media pelbagai agensi dibawa menonton filem aksi, Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof.

Filem membariskan pelakon berkaliber seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam dan Sharnaaz Ahmad itu mula ditayangkan sejak 25 Mei lalu.