Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo!

Iklan
Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo. - Foto IG aliffsyukriterlajaklaris

SEJAK beberapa minggu ini kita dapat lihat sudah ada beberapa peniaga buah sudah mula menjual durian.

Itu bermakna, musim durian sudah tiba.

Iklan
Iklan

Tentu buat penggemar raja buah ini tak sabar untuk menikmatinya hingga boleh buat mereka tersenyum lebar pada masa ini.

Apatah lagi kepada mereka yang berkesempatan membeli durian yang dijual oleh Datuk Seri Aliff Syukri dengan tawaran harga luar jangka!

Iklan

"Ladang durian saya.. cantik tak??

Jumpa anda semua ni di Wisma DHerbs Sek 8 Kota Damansara.. durian akan mendarat setiap hari walaupun hari minggu.. hari ni kami sampai stok banyak yaa.. apa pun bisnes utama saya kosmetik.

Iklan

"Terima kasih yang dah beli.

Syukur sambutan durian hasil tanaman saya dah berhasil.. 3 hari berniaga hasil memang best... esok buah duri hitam ada 300 biji sekilo dan musang king ada 500 biji, udang merah dan tembaga emas ada 1,000 biji kampung ada 3,000 biji.. harga bermula RM5 sekilo.

"Kalau kira biji saya kasi happy hour RM3 sebiji.. siapa cepat dia dapat so kena datang awal,” begitulah luah Aliff Syukri.

Melihat sambutan yang diterima yang luar jangka, Aliff Syukri juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada yang membeli.

Malah turut dikongsikan di akaun Instagram miliknya tangkap layar postingnya pada tahun 2017 yang menjadi titik tolak dirinya terlibat dengan projek penanaman durian dan hinggalah menjualnya pada harga yang cukup murah.

"Sebab ini lah..Kenapa saya tanam durian..tapi yang sedih abah tak dapat nikmati hasil kebun saya sendiri.. dulu nak beli sebiji durian pun tak mampu.. kalau saya ada duit dapat belikan abah durian itu satu nikmat.kalau arwah abah ada dan tau kri dah ada ladang durian mesti abah happy malah kri jadi tokey durian sekarang.. rindu abah yang amat sangat Al-Fatihah untuk arwah abah saya Kamarzaman bin Kamarudin. - Keluarga