Tuduhan tidak bela Najib, cuba pecah belah UMNO - Puad Zarkashi

Iklan
Puad Zarkashi

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa tuduhan terhadap Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak membela Datuk Seri Najib Tun Razak adalah percubaan memecahbelahkan parti berkenaan.

Menurut beliau, ia susulan daripada risalah yang letakkan pada semua kereta yang berada di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Ini percubaan untuk memecahbelahkan UMNO. Ini kerja orang dalam yang bergabung dengan orang luar.

"Tidak hairan segelintir kluster gantung dan pecat UMNO terlibat,” tulisnya menerusi hantaran di laman sosial Facebook pada Sabtu.

Iklan

Tambah Mohd Puad lagi, golongan berkenaan terkedu apabila Ahmad Zahid membangkitkan isu pembelaan Najib dalam ucapan dasarnya yang menyatakan bahawa UMNO akan terus mempertahankan nasib bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Bukan itu sahaja, video ucapan anak kepada Najib, Datuk Mohd Nizar turut ditayangkan.

Iklan

Menerusi rakaman berkenaan, Mohd Nizar menyampaikan pesanan ayahnya supaya mempertahankan Kerajaan Perpaduan.

Jelas Mohd Puad, puak yang menyebarkan fitnah itu mahu Ahmad Zahid menjadi lemah, maka kerajaan akan goyah.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ahmad Zahid ingatkan jangan usik hati orang Melayu

Pemuda UMNO perlu ‘move on’, lupakan kisah silam - DAP

Ahmad Zahid sebak dengar amanat Najib

UMNO terus pertahan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal - Ahmad Zahid

'Saya hadir semula PAU 2023 untuk perkukuh kerajaan' - Anwar

UMNO gesa selesai segera isu bebanan guru, doktor kontrak

Beri peluang kerajaan terjemah agenda dijanjikan - Ahmad Zahid

‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok Mat

'Air karat di Kelantan masih gagal dijernihkan'- Ahmad Zahid

'UMNO bukan mengkarung politik' - Ahmad Zahid

Anwar hadiri PAU 2023 selepas 25 tahun

Tuduhan tidak bela Najib, cuba pecah belah UMNO - Puad Zarkashi

UMNO lulus pindaan perlembagaan permudah daftar keahlian baharu

PAU 2023: PM ikut sama nyanyi lagu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'

PAU 2023: Tajuddin tetap hadir walaupun digantung keahlian