Remaja 16 tahun tersangkut di buaian

Iklan
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong buaian bagi mengeluarkan mangsa.

TAPAH - Khidmat pasukan bomba diperlukan bagi mengeluarkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang tersangkut dalam buaian kanak-kanak di sebuah taman permainan berhampiran Pasar Bidor pada Sabtu.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Bidor pada jam 8.55 pagi.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, remaja itu didapati terperangkap ketika menaiki buaian berkenaan.

"Anggota menggunakan peralatan khas untuk memotong buaian itu bagi mengeluarkan mangsa.

Iklan

"Mangsa berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan," katanya.

Operasi tamat pada jam 9.30 pagi.

Iklan