Lelaki ditemukan lemas selepas tercampak dari bot

Iklan
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan pasangan suami isteri tercampak keluar daripada bot yang mereka naiki selepas terlanggar sesuatu objek. Gambar kecil: Mayat mangsa ditemui terapung tidak jauh dari lokasi selepas tercampak dari bot di Sungai Melayu, Pulau Sebatik.

TAWAU - Lelaki yang dilaporkan hilang selepas tercampak dari bot dinaikinya ditemukan meninggal dunia di Sungai Melayu, Pulau Sebatik di sini pada pagi Sabtu.

Mangsa Abd Rahim Kasil, 56, ditemukan sejauh kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian pada jam 7 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa daripada penduduk kampung.

"Mayat mangsa kemudian dibawa Jeti Pelabuhan Perikanan Tawau Lama oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan seterusnya dihantar ke pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Katanya lagi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian ditamatkan sebaik penemuan mayat mangsa.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan pasangan suami isteri tercampak keluar daripada bot yang mereka naiki selepas terlanggar sesuatu objek.

Iklan

Isteri mangsa dikenali sebagai Lina Arifin mengalami kecederaan di bahagian kaki sempat diselamatkan oleh nelayan yang berada di lokasi manakala mangsa dikhuatiri lemas.