Leonardo pertahankan Messi, bidas PSG

Iklan
Messi

ERA bintang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi bersama gergasi Ligue 1 Perancis itu dijangka menjadi topik perbincangan dalam kalangan komuniti bola sepak khasnya para penyokong kelab bandaraya Paris tersebut selama bertahun-tahun.

Antara individu yang terlibat secara langsung dalam membawa kapten Argentina itu ke ibu negara Perancis pada 2021 selepas pemain itu meninggalkan gergasi LaLiga, ialah bekas pengarah sukan PSG, Leonardo.

Iklan
Iklan

Malah, bekas pemain tengah Brazil itu menyuarakan kekecewaan pendekatan diambil juara Perancis tersebut dalam mengendalikan isu Messi hingga membawa kepada penghijrahan pemain itu ke saingan Liga Bolasepak Utama Amerika Syarikat (MLS) bersama Inter Miami.

Tambah Leonardo lagi, dia menjangkakan Les Parisiens berdepan satu lagi musim baharu yang sukar apabila perlu melakukan penstrukturan para pemain selepas pemergian Messi dan beberapa pemain lain.

Iklan

"PSG akan melakukan satu lagi rombakan musim panas sekali lagi. Dengan saya sebelum ini ia sukar, malah tanpa saya pastinya bertambah mustahil,” katanya yang terkilan respon para penyokong PSG yang mencemuh pemenang Ballon d'Or tujuh dalam perlawanan terakhir untuk kelab minggu lalu.

Jelas Leonardo lagi, PSG tidak sewajarnya melayan Messi dengan cara sedemikian selepas pemain itu memilih untuk tidak kekal bersama kelab milik Qatar Sports Investments tersebut.

Iklan

"Saya benar-benar kesal dengan apa yang berlaku. Leo adalah seorang yang luar biasa dan juara yang layak menyertai Olympus bola sepak bersama Pele dan Maradona.

"Dia telah membuat pilihan hidup yang membolehkan dia lebih tenang dan damai bersama keluarga dan bekerja dengan sebaik mungkin.

"Jika anda berperang bersama-sama dengan Leo, anda tidak mungkin mati bersendirian, namun dengan yang lain, ya,” kata Leonardo.