Everest: KBS keluar kenyataan siasatan selepas operasi selesai

Iklan
Hannah Yeoh - Foto fail Awani

BUTTERWORTH - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) belum bersedia memberi sebarang ulasan berhubung siasatan tragedi kematian dan kehilangan peserta Malaysia Everest 2023 (ME2023).

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, KBS akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas semua perkara berkaitan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pergunungan itu selesai.

Iklan
Iklan

"Itu saya tak nak komen sebab operasi (mencari dan menyelamat) SAR, Wisma Putra sedang bantu di luar kalau kita dah bersedia baru kita akan berikan kenyataan," katanya ringkas.

Hannah berkata demikian ketika ditanya sama ada KBS sudah menjalankan siasatan berhubung isu kematian dan kehilangan pendaki ME2023.

Iklan

Beliau sebelum itu hadir merasmikan Majlis Pelancaran Program Malaysia Aktif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Bagan Jaya, di Butterworth pad Sabtu.

Pada 21 Mei lalu, Pendaki Everest dan Penjelajah Grand Slam negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dalam kenyataan menggesa KBS serta penganjur melakukan siasatan menyeluruh terhadap insiden kematian dan kehilangan pendaki negara di gunung itu.

Iklan

Katanya, ini kerana ia insiden kematian pertama sejak misi pendakian Everest Malaysia 1997 sehingga 2023.

Tambahnya lagi, pendakian ke puncak Everest bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh didaki sesuka hati.

Misi pendakian Everest kali ini melalui episod duka buat negara apabila seorang pendaki yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, meninggal dunia ketika ekspedisi menakluk puncak bekenaan pada ketinggian 8,000 meter, 18 Mei lalu.

Sementara itu, pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, pula dilaporkan hilang sehari selepas kematian Awang Askandar.

Kehilangan pendaki itu sudah masuk hari ke-23 namun sehingga kini dia masih belum ditemui. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN:

Sherpa selamatkan pendaki Malaysia di 'zon maut' Everest

Everest: Pasukan SAR tumpu zon kematian jejak Hawari

Seorang lagi pendaki hilang di Everest

Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'

Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat

Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari

Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung

'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'

Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse

Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest

Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest

Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki

Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu

Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar

Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest