Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang

Iklan
Kejadian pokok tumbang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut.

GEORGETOWN - Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan akibat kecederaan parah.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kejadian itu turut mengakibatkan tiga mangsa lain mengalami kecederaan ringan dan enam individu lain tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Hafiz Hafizal Timaradin ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 1.26 pagi.

Iklan

Katanya, beberapa kenderaan termasuk kereta jenis Mercedes Benz dan Perodua Myvi serta dua buah motosikal jenis Yamaha Y15 dan Avantis juga rosak berikutan dihempap pokok tumbang.

"Pasukan penyelamat bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut melakukan kerja pembersihan di lokasi selepas kejadian.

Iklan

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Pada Sabtu tular di media sosial berlakunya kejadian puting beliung di perairan Pulau Pinang.