'Jangan risau... jangan risau...'

Iklan
Hannah mengadakan sidang akhbar selepas melancarkan Malaysia Aktif@Komuniti di PPR Taman Bagan Jaya, Butterworth pada Sabtu. - Foto Bernama

JAWATANKUASA Road to Gold (RTG) akan bermesyuarat minggu depan bagi mengkaji dan membincangkan keperluan barisan atlet negara dalam misi memburu pingat emas sulung Sukan Olimpik.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya mengambil serius masalah yang dibangkitkan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berkenaan sistem sokongan sejak kembali berlatih di tanah air.

Iklan
Iklan

"Jawatankuasa RTG akan bermesyuarat melihat dan mengkaji setiap permintaan (top up) yang diminta oleh atlet-atlet yang telah dipilih dalam program tersebut.

"Mesyuarat (Jawatankuasa RTG) itu akan berlangsung pada minggu hadapan dan semua hasrat atlet-atlet terpilih ini akan dikaji oleh Jawatankuasa RTG.

Iklan

"Saya telah menghubungi Datuk Azizul melalui koordinator kita (Jawatankuasa RTG), Datuk Stuart Ramalingam. Kita akan usahakan yang terbaik untuk atlet negara.

Hannah ditemui pemberita ketika Majlis Pelancaran Program Malaysia Aktif@Komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Bagan Jaya, Butterworth.

Iklan

Terdahulu, Azizulhasni meluahkan kekecewaannya terhadap Majlis Sukan Negara (MSN) yang masih gagal menyediakan sistem sokongan lengkap sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

Menerusi luahan di laman sosial Facebook miliknya pada Khamis lalu, Azizulhasni nyata terkilan kerana sistem sokongan sukan di Malaysia dilihat belum setara dengan pangkalan latihan sebelum ini di Melbourne, Australia.

Malah, Azizulhasni yang mendapat julukan The Pocket Rocketman turut mendedahkan mengenai isu kelewatan bayaran elaun ketika berpangkalan di Melbourne.