Nauraj umum persaraan

Iklan
Nauraj Singh Randhawa

SELEPAS 15 tahun menabur bakti dalam sukan olahraga, atlet lompat tinggi sensasi negara, Nauraj Singh Randhawa mengumumkan persaraannya di usia 31 tahun pada Sabtu.

Dalam catatan di akaun instagramnya, Nauraj berkata, sudah tiba masanya memberi tumpuan kepada kerjayanya selari dengan tuntutan kerja semasa dan alasan peribadi.

Iklan
Iklan

Pemegang rekod kebangsaan acara lompat tinggi lelaki itu mengakui bahawa keputusan tersebut semestinya sesuatu yang sukar dan telah difikirkan dalam tempoh yang lama.

"Tambahan pula, saya berasa lega apabila tanggungjawab saya ini bakal digalas oleh dua atlet muda yang berwibawa untuk memastikan penguasaan berterusan Malaysia di Sukan SEA nanti,” katanya.

Iklan

Atlet kelahiran Johor itu turut mengucapkan terima kasih kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kerana menyediakan keperluan dan menyokongnya sepanjang kerjayanya selama 15 tahun.

Nauraj telah memenangi pingat emas berturut-turut dalam tiga Sukan SEA, pada 2013 di Naypyidaw, 2015 di Singapura dan edisi Kuala Lumpur pada 2017. Beliau memegang rekod kebangsaan 2.30 meter (m) yang diciptanya pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura 2017.

Iklan

Dia juga memegang rekod tertutup kebangsaan 2.27m yang dilakar pada Kejohanan olahraga Hvezdy vs Nehvizdech di Republik Czech pada Januari tahun lepas.