KUALA LUMPUR - Perwakilan bersetuju terhadap peringatan yang diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya ahli parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang ‘mengusik’ hati dan perasaan orang Melayu.
Mereka memaklumkan bahawa setiap ahli parti yang membentuk kerajaan seharusnya bersama-sama bertanggungjawab untuk tidak memberikan sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan perbalahan dan perpecahan.
Menurut Perwakilan Bahagian Pandan, Selangor, Ilkham Abu Bakar, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum, setiap tutur kata terutama oleh pemimpin perlu ditapis terlebih dahulu agar kenyataan berbentuk perkauman tidak dikeluarkan.
Jelasnya, kesemua ahli parti perlu memandang serius terhadap peringatan itu bagi memastikan kelangsungan kerajaan untuk membangunkan dan memerintah negara tidak terganggu.
"Kita satu Malaysia. Baik jaga perkataan dari menghiris hati. Sama-sama hormat-menghormati. Kita sekarang (sedang) bersatu dan bersama membangunkan ekonomi.
Pada Jumaat, Ahmad Zahid mengingatkan agar tidak mengusik hati dan perasaan orang Melayu adalah bagi memadamkan kecurigaan sesama parti-parti dalam kerajaan.
Selain itu, Perwakilan dari Jerantut, Pahang, Ahmad Nizam Mohd Hassan berkata, parti dalam kerajaan gabungan itu perlu mengubah perspektif iaitu saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.
Jelasnya, akar umbi juga perlu melakukan perubahan iaitu menghentikan perbalahan dan ungkit-mengungkit terhadap kisah silam.
"Tidak patut keluarkan sebarang kenyataan guris hati kaum ini. Bukan sahaja Melayu, tetapi Cina dan juga India. Kita ini berbilang bangsa. Tidak macam Jepun, Korea yang hanya ada satu bangsa.
"Di Malaysia, (kita) berbeza. Budaya juga berbeza. Sentimen perkauman perlu dipandang berat. Kalau selalu main dengan sentimen, maksudnya kita sentiasa terkongkong dengan kecurigaan.
"Kita tidak boleh nak maju. Kena berjiwa besar, bersangka baik,” ujarnya.
Perkara sama turut diakui oleh Perwakilan dari Pasir Puteh, Kelantan iaitu Suriany Jaffar dengan memaklumkan bahawa isu pertelingkahan antara UMNO dan DAP yang berlaku sebelum ini tidak perlu ditimbulkan semula.
"Bila dalam kerajaan, kedua-dua parti harus saling menghormati. Sedia maklum, UMNO dan DAP mempunyai ideologi politik yang sangat berbeza. Bila berada dalam Kerajaan Madani, masing-masing parti kena menjaga setiap tutur kata.
"Gabungan ini perlu fokus kepada negara, pembangunan ekonomi, sosial dan apa jua yang menjadi misi dan matlamat kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ahmad Zahid ingatkan jangan usik hati orang Melayu
Pemuda UMNO perlu ‘move on’, lupakan kisah silam - DAP
Ahmad Zahid sebak dengar amanat Najib
UMNO terus pertahan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal - Ahmad Zahid
'Saya hadir semula PAU 2023 untuk perkukuh kerajaan' - Anwar
UMNO gesa selesai segera isu bebanan guru, doktor kontrak
Beri peluang kerajaan terjemah agenda dijanjikan - Ahmad Zahid
‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok Mat
'Air karat di Kelantan masih gagal dijernihkan'- Ahmad Zahid
'UMNO bukan mengkarung politik' - Ahmad Zahid
Anwar hadiri PAU 2023 selepas 25 tahun
Tuduhan tidak bela Najib, cuba pecah belah UMNO - Puad Zarkashi
UMNO lulus pindaan perlembagaan permudah daftar keahlian baharu
PAU 2023: PM ikut sama nyanyi lagu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'