Kertas Putih Kesihatan dibentang minggu depan

Iklan
Dr Zaliha

KUALA LUMPUR - Kertas Putih Kesihatan dijangka dibentangkan di Parlimen pada 13 Jun ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, perkara berkenaan Kertas Putih Kesihatan itu telah dibawa ke peringkat kabinet dan kabinet bersetuju untuk dibawa ke Parlimen.

Iklan
Iklan

"Kalau tiada halangan perkara ini akan dibentangkan minggu hadapan seperti yang telah dimaklumkan kepada saya,” katanya pada sidang akhbar di Hospital Gleneagles di sini pada Sabtu.

Sementara itu berhubung Rang Undang-Undang Kawalan Produk Rokok, Zaliha berkata, perkara itu juga akan dibentangkan di Parlimen minggu depan.

Iklan

"Kita mahu laksanakan undang-undang ini segera bagi mengelak pelajar sekolah menjadi perokok.

"Merokok juga berkait dengan penyakit kanser jadi kerjasama semua pihak diperlukan untuk penguatkuasaan dan pengawalan agar ianya tidak membahayakan kesihatan anak-anak,” katanya.

Iklan

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan seramai 43,360 pelajar sekolah antara 1.5 juta perokok dan penghisap vape di negara ini yang mana, jumlah itu amat membimbangkan.

Jumlah itu diperoleh daripada saringan menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (Kotak) pada tahun lalu.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow berkata, daripada jumlah itu, 43,000 adalah pelajar sekolah menengah dan 341 pelajar sekolah rendah.