Tak perlu suruhanjaya baharu, perkasakan agensi sedia ada - GTSM

Iklan
Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Kamarudin)

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) menggesa kerajaan untuk memperkasakan suruhanjaya atau agensi sedia ada dalam mengawal selia industri gig daripada mewujudkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM).

Yang Dipertua GTSM, Kamarudin Mohd Hussain berkata, penubuhan SEGiM itu adalah satu pembaziran dan hanya mewujudkan pertindihan kuasa seperti yang berlaku ketika kewujudan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Iklan
Iklan

"Kami tidak mungkin boleh melupakan apa yang pernah dilalui sewaktu kewujudan SPAD. Pada ketika itu, berlakunya pertindihan kuasa dan sikap angkuh mereka benar-benar memberi impak buruk kepada kami.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan UMNO mencadangkan kepada kerajaan menubuhkan SEGiM dengan segera untuk mengawal selia ekosistem industri gig di negara ini.

Iklan

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, saranan itu dibuat adalah untuk menjaga kebajikan seluruh rantaian ekonomi bermula daripada penyedia perkhidmatan, pembekal, pekerja dan pengguna sektor tersebut.

Kamarudin memberitahu bahawa pihaknya mengakui usaha yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri itu adalah satu langkah murni untuk menyelesaikan segala masalah yang berlaku dalam industri.

Iklan

"Bagaimanapun, perkara yang lebih penting adalah untuk menjaga kebajikan rakyat yang terlibat di dalam industri tersebut,” ujarnya.