'Saya tak masuk campur soal pengampunan Najib' - Rosmah

Iklan
Rosmah Mansor ketika ditemui di PAU 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak mencampuri urusan rayuan pengampunan suaminya yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.

Namun beliau berharap, Najib dapat dibawa keluar dari penjara secepat mungkin seperti yang diikrarkan dalam dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.

Iklan
Iklan

Rosmah berkata, beliau terharu dengan sokongan yang diberikan ahli UMNO dalam PAU 2023.

"Selama ini mereka (ahli UMNO) tahu bahawa suami saya tidak mendapat perbicaraan yang adil," katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, pada Sabtu.

Iklan

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO mahukan keadilan buat Najib dan menyatakan bekas Ahli Parlimen Pekan itu mendoakan dan mengharapkan Kerajaan Perpaduan menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Dalam ucapan sama, beliau turut berkongsikan rakaman video anak Najib, Datuk Mohd Nizar yang menegaskan ayahnya sentiasa menyokong Kerajaan Perpaduan dan institusi Presiden UMNO.

Iklan

Rosmah turut berkata, Najib banyak berkomunikasi dengan anaknya ketika lawatan beliau ke Penjara Kajang baru-baru ini.

"Dia (Najib) selalu bercerita dengan Gina (Nooryana Najwa)... saya perhati saja. Dia kata awak perhati saja, saya sedang bercakap dengan anak saya," katanya ringkas.

Meskipun kini berada di sebalik tirai besi, nama bekas Ahli Parlimen Pekan dan laungan 'Bossku' bergema di Dewan Merdeka ketika ucapan Ahmad Zahid. - Awani