‘1 Najib dipenjara, 3 Najib baharu muncul' - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di WTCKL pada Sabtu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] "Seorang Najib dipenjara, tiga Najib baharu muncul di Dewan Merdeka ini," kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menzahirkan rasa penghargaan tersebut atas kehadiran tiga anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023.

Iklan
Iklan

Mereka adalah Nooryana Najwa Najib, Datuk Mohamad Nizar Najib dan juga Datuk Mohd Nazifuddin Najib.

Najib yang juga bekas Presiden UMNO telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

Iklan

Tambah Ahmad Zahid, bukan sahaja anak Najib, malahan lebih ramai lagi yang akan muncul bagi meneruskan perjuangan menuntut pembelaan terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan.

"Insya-ALLAH komitmen Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang mendapat mandat daripada rakan di bahagian dan cawangan terus komited untuk membela Najib Razak supaya diberikan keadilan,” ujarnya.

Iklan

Dalam masa sama, beliau turut berkongsikan pengalaman ketika melawat Najib di penjara Kajang selama dua jam.

"Saya sempat bersarapan dengan beliau dan bawa semua makanan beliau untuk kami makan bersama. Sekarang, beliau sedang meneruskan pengajian ke Ijazah Kedoktoran (PHD) dalam Penjara Kajang,” ujarnya.