Tujuh pelajar universiti terperangkap kepala air

Iklan
Ketujuh-tujuh mangsa berjaya dibawa keluar dari lokasi kepala air dan berada dalam keadaan selamat. Foto: Bomba Perak

GOPENG - Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan tujuh pelajar universiti yang terperangkap dalam kejadian kepala air di Lubuk Timah dekat Simpang Pulai pada Sabtu.

Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai pada jam 5.41 petang.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa terlibat merupakan empat lelaki dan tiga wanita semuanya dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

"Kesemua mangsa terperangkap di seberang sungai Lubuk Timah ketika menjalankan aktiviti rekreasi.

Operasi menyelamat dilakukan dengan mencari laluan darat dalam jarak 1 kilometer daripada mangsa. Foto: Bomba Perak

Iklan

"Operasi menyelamat dilakukan dengan mencari laluan darat dalam jarak 1 kilometer daripada mangsa dan menyeberang melalui titi," katanya.

Beliau berkata, ketujuh-tujuh mangsa berjaya dibawa keluar dari lokasi kepala air dan berada dalam keadaan selamat.

Iklan

"Operasi tamat pada jam 6.51 petang," katanya.