KUALA LUMPUR - UMNO diibaratkan cedera dan kesihatannya sudah merosot, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Justeru kata beliau, parti yang tercedera tidak boleh diparahkan dengan pecah belah dalam kalangan ahli.
Iklan
Iklan
"UMNO tercedera dan telah merosot kesihatannya. Parti kita ini perlu dirawat dan dipulihkan. Ubat paling mujarab untuk memulihkan UMNO harus bermula dengan kesatuan dan perpaduan semasa kita.
"Parti yang tercedera tidak boleh diparahkan dengan pecah belah," katanya pada ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, pada Sabtu.
Mohamed Khaled menambah, UMNO tidak harus dibiarkan terus diporak-perandakan dengan perseteruan antara pelbagai kelompok dan puak.
Sehubungan itu beliau mengajak ahli UMNO supaya menjadikan pemulihan dan kebangkitan UMNO sebagai misi utama bersama.
"Marilah kita benar-benar kembali berdamai dan bersatu hati," katanya lagi. - Awani